Social Icons

Pages

Kamis, 27 Februari 2014

Bom Meletup Dekat Loji Nuklear India


New Delhi – Enam maut semalam selepas satu letupan bom berlaku dekat sebuah loji kuasa nuklear terbesar India.

Ia menyebabkan siasatan dilancarkan terhadap kemungkinan ia ada kaitan dengan bantahan terhadap loji berkenaan.

Bom buatan sendiri itu meletup di sebuah kampung berhampiran loji kuasa Kudankulam di negeri selatan, Tamil Nadu, memusnahkan tiga rumah dan menyebabkan kecederaan, kata ketua polis daerah, Superintenden Vijayendra Bidari.

Bom itu meletup secara tidak disengajakan dalam sebuah rumah. Enam orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah, kata Bidari.

Beberapa aktivis anti nuklear tinggal di kampung ini. Rumah ini digunakan sebagai tempat membuat bom. Kami menyiasatnya dari segala sudut, katanya.

Kampung ini terletak di tepi pantai kira-kira empat kilometer dari loji buatan Russia yang dibuka Oktober selepas penangguhan dan bantahan ganas oleh penduduk yang bimbangkan kebocoran radiasi.

Seorang pegawai kanan Jabatan Tenaga Atom berkata, loji terbabit selamat dan berfungsi seperti biasa, lapor Press Trust of India.

Rakaman televisyen menunjukkan sekurang-kurangnya tiga rumah runtuh akibat letupan di Idinagarai Tsunami, sebahagian dari kampung Idinthakarai, lokasi bantahan beberapa tahun lalu. – AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar