Social Icons

Pages

Rabu, 19 Februari 2014

PAS desak jelaskan penamatan tugas Abu Bakar


  • Abdul Rahim Sabri
  • Malaysiakini  Jul 3 2012
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini mendesak kerajaan menjelas tindakan menamatkan tugas bekas ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada 1 Julai lalu.

Mahfuz menganggap penamatan tugas Abu Bakar sebagai "secara tiba-tiba" dan sebabnya masih lagi  "misteri" kepada 1.4 juta penjawat awam sedangkan, Abu Bakar, 57, telahpun menandatangani melanjutkan tugasnya sehingga berumur 60 tahun.

NONEMahfuz mendakwa beliau difahamkan penamatan tugas Abu Bakar dibuat dengan menggunakan bawah Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib).

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan adakah benar berita tersebut, iaitu penamatan (tugas Abu Bakar) dibuat dengan menggunakan perkara 49," katanya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata selepas merujuk beberapa pihak, peraturan tersebut digunakan "atas keselamatan negara" di mana anggota perkhidmatan awam didakwa melakukan kegiatan yang dianggap "merugikan negara, subversif atau mengancam keselamatan negara".

"Kalau benar, kerajaan diminta memperjelaskan kepada 1.4 juta penjawat awam, apakah kegiatan jenayah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga kerajaan menggunakan perkara 49 itu," kata Mahfuz.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar